21 August 2010

Majlis Berbuka Puasa SRS Pulai Chondong



Pada 21 Ogos 2010 Ahli SRS Gading yang merupakan gabungan kepada SRS Pulai Chondong turut sama terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Balai Polis Pulai Chondong. Majlis dimulakan dengan Tazkirah oleh Ustaz dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Ucapan OCS Balai Pulai Chondong, Sumbangan Duit Raya kepada Anak Yatim, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak dan diakhiri dengan Solat Tarawikh. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Anggota SRS juga untuk menghargai sumbangan Ahli SRS/3K yang telah banyak memberi kerjasama kepada pihak polis demi menjaga ketenteraman kawasan Pulai Chondong.

No comments:

Post a Comment