09 October 2010

Jamuan Hari Raya 3K Pada 8 Okt. 2010 08:00pm

DUSUN01(Baju Melayu) BERSAMA G08 DAN G06
G07 BAJU BIRU TUA NAK AMBIK KUAH KACHANG
SEDANG MEMOTONG NASI KAPIK G09 DIPANTAU OLEH CO1
RAKAN-RAKAN CHARLIE MELAPAH KAMBING C12(KUNING)
G06 DAN G01 BERSAMA 'SYL' G01
EMMM.............SEDAP NYA.......KAMBING. ORANG DARAH TINGGI DAN GHOUT JANGE RAPAT AR...!

19 September 2010

Aktiviti Bakar Lemang Gading

Pada 09/09/2010 Ahli Pasukan Kawalan Keselamatan Kawasan Gading telah berpakat secara kecil-kecilan membakar lemang sempena menyambut Aidil Fitri. Ahli yang menyertai terdiri daripada 3K Gading (Taman Gading dan Bukit Jong). Kegiatan ini banyak dibantu oleh Pak Teh Fadhil dan dijalankan di kawasan tanah kosong di antara rumah Pak Teh dengan rumah Raja (G6). Alhamdulillah 200 lebih lemang berjaya dibakar. Terima kasih kepada semua dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.



21 August 2010

Majlis Berbuka Puasa SRS Pulai Chondong



Pada 21 Ogos 2010 Ahli SRS Gading yang merupakan gabungan kepada SRS Pulai Chondong turut sama terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Balai Polis Pulai Chondong. Majlis dimulakan dengan Tazkirah oleh Ustaz dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Ucapan OCS Balai Pulai Chondong, Sumbangan Duit Raya kepada Anak Yatim, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak dan diakhiri dengan Solat Tarawikh. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Anggota SRS juga untuk menghargai sumbangan Ahli SRS/3K yang telah banyak memberi kerjasama kepada pihak polis demi menjaga ketenteraman kawasan Pulai Chondong.

01 June 2010

Mesyuarat Penubuhan Pasukan Sukarela Kawalan Keselamatan Kawasan






Di adakan di Madrasah Taman Gading Galoh pada 01 JUN 2010 pukul 9:30 malam. Alhamdulillah Pasukan ini telah berjaya ditubuhkan dan En. Zahar telah terpilih sebagai Ketua Pasukan dan En Hadi sebagai Penolong Ketua Pasukan. Setiausahanya En. Nordin dan Bendahari ialah En. Nawi Pak Dek. Pasukan ini akan mula bertugas pada minggu hadapan apabila Jadual Bertugas siap dibuat oleh Setiausaha. Semoga kita sama-sama keluar bertugas mengikut jadual nanti demi kebaikan bersama.