19 September 2010

Aktiviti Bakar Lemang Gading

Pada 09/09/2010 Ahli Pasukan Kawalan Keselamatan Kawasan Gading telah berpakat secara kecil-kecilan membakar lemang sempena menyambut Aidil Fitri. Ahli yang menyertai terdiri daripada 3K Gading (Taman Gading dan Bukit Jong). Kegiatan ini banyak dibantu oleh Pak Teh Fadhil dan dijalankan di kawasan tanah kosong di antara rumah Pak Teh dengan rumah Raja (G6). Alhamdulillah 200 lebih lemang berjaya dibakar. Terima kasih kepada semua dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.