28 May 2010

Kemalangan Simpang Loji Air Kelantan


Berlaku antara 3:30 ptg hingga 4:00 ptg pada 27 Mei 2010. Dikatakan kereta dari Kota Bharu hendak memotong lalu melanggar kereta yang menunggu untuk memasuki simpang ke Loji Air Kelantan. Bersabarlah semua.

26 May 2010

Cukai Tanah Belum Jelas

Sepanjang pemantauan saya di laman web http://www.ptg.kelantan.gov.my/ didapati ramai pemilik tanah di Taman Gading Galoh kita ini masih belum membayar CUKAI TANAH bagi tahun 2010 ini. Ada yang telah tertunggak sekian lama sehingga ada yang mencapai tunggakan RM1,000. Jadi saya menasihati semua ahli Taman Gading Galoh supaya sama-sama kita menyemak CUKAI TANAH kita dan membayarnya sebelum ianya mendatangkan kesusahan kepada kita pada kemudian hari.

Untuk menyemak, kita boleh lawati laman web

http://www.ptg.kelantan.gov.my/

dan klik pada SEMAK CUKAI TANAH DI SINI.

Carian boleh dilakukan melalui
SEMAKAN LOT atau SEMAKAN HAKMILIK.
Gunakanlah SEMAKAN LOT dan klikkan maklumat-maklumat seperti gambar yang saya sertakan. Semoga ini mendapat perhatian ahli Taman Gading Galoh semua.

Untuk mengetahui No. Lot Sebenar kediaman ahli-ahli........bolehlah merujuk kepada Bendahari Madrasah Taman Gading Galoh, Cikgu Zawawi di Lot 692 (No Baru LOT 2212)
No. Lot Baru bagi kediaman ahli-ahli.... Insya Allah akan saya paparkan pada BLOG ini sekiranya ada kesempatan.

Boleh juga terus ke http://124.82.208.161/lot.jsp?action=page1

20 May 2010

Kejadian Pecah Rumah

Ada berita yang memeranjatkan apabila saya pulang dari sekolah apabila melihat banyak kereta yang berpusu-pusu ke rumah Cikgu Nordin. Setelah meletakkan barang-barang....saya dan isteri terus ke rumah Cikgu Nordin untuk mengetahui apa yang berlaku.
Apa yang memeranjatkan saya ialah rumahnya telah dipecah masuk melalui pintu dapur pada waktu pagi antara jam 9.00 hingga 11.00. Masa itu keadaan di Taman Gading Galoh adalah agak sunyi kerana kebanyakan penghuni berada di tempat kerja masing-masing.
Ketika pencuri itu memecahkan pintu dapur......kebetulan anak Cikgu Nordin(perempuan) ada di rumah dan pergi ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.....tapi pencuri itu sudahpun berada di dalam rumah. Tanpa dapat berbuat apa-apa, terpaksalah anak Cikgu Nordin membiarkan saja pencuri itu mengambil apa yang dia mahu.
Alhamdulillah.....kerana dia tidak mencederakan anak Cikgu Nordin, cuma diikat saja.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi kita semua penghuni Taman Gading Galoh ini daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Kami penghuni-penghuni Taman Gading Galoh turut bersedih atas apa yang berlaku dan berharap Keluarga Cikgu Nordin banyak-banyak bersabar.